Sijil Pelajaran Malaysia 2011'


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

Saat kejayaan ditagih
Usaha itu menjadi taruhannya..

Saat kejayaan diharapkan
Kosentrasi itu menjadi ukurannya..

Saat kejayaan diimpikan
Angan-angan itu menjadi perangsangnya..

Saat kejayaan didambakan
PadaNya sahaja disandarkan segalanya..

ِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

ِ يا الله يا رحمن يا رحيم

Engkau Yang Maha Mengetahui kami anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi tidak lama lagi akan melangkah ke dewan peperiksaan bagi meneruskan agenda penting kehidupan kami menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 ini yang akan mencorakkan masa hadapan kami untuk memenuhi harapan ibubapa kami, guru-guru dan masyarakat keseluruhannya.

يا الله يا حى يا قيوم

Oleh itu, kami menadah tangan kehambaan kami memohon kepada Mu dengan penuh rasa tawaduk, Engkau cerdaskan akal kami supaya kami dapat memahami kehendak soalan, tenangkan hati kami agar kami tidak resah gelisah di dalam dewan, berilah ilham kepada kami di saat-saat kami menghadapi kebuntuan, ingatkanlah kembali segala yang kami telah terlupa daripada pengajaran guru-guru kami, bantulah kami dengan mengurniakan idea-idea yang bernas agar kami dapat memberikan pilihan jawapan yang terbaik supaya kami dapat melakar kejayaan yang cemerlang.

يا الله يا غنى يا حميد

Dengan belas ihsan Mu, anugerahkanlah kejayaan kepada kami sebagai hadiah atas budi dan pengorbanan ibubapa kami yang mengharapkan kepulangan kami bersama keputusan yang membanggakan. Ampunkan dosa kami, dosa ibubapa serta guru-guru yang kami kasihi.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا
وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمً
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
ا