Hey peps :)
Malam tadi aku tidur lewat. Adalah dalam pukul 2:00 haa ~ lambat sangat ke?  Banyak sangat aku belajar. Sampaikan nak pecah otak ni. Yang penting aku utamakan bab KOS PENGELUARAN. Nak tahu kenapa? sbb naluri hati aku mengatakan yang bab tu akan masuk dalam exam nanti.  Okayy lepas aku dah confident bahawa aku akan boleh buat aku buat keputusan untuk tidur. Sebelum tidur au bacalah doa penenang hati supaya esok aku boleh tenang bila dapat apa pun bentuk soalan. Okayy selamat malam 

....jam penggera berbunyi, dan itu menunjukkan jam 06:10 masa untuk aku bangun solat subuh. Dengan muka yang agak jahanam  aku bingkas bangun dan menuju ke TOILET dengan memulakan memberus gigi dan seterusnya mengambil wudhu.

....Khalida dan Jaja datang kerumah suruh aku ajarkan subject Akaun. hmm takkan nak tolakkan? Dah orang minta tolong. So, aku ajarlah mana yg aku tahu. Kesian dorang sbb tktahu nak buat apa. Aku just pesan jangan push sangat sbb benda dah lambat. Okayy masa kami belajar hanya tinggal sejam je.

....setibanya dekat sekolah, aku dah rasa gementar semacam, mengalahkan first day exam --' yahhhh! apa yang aku nak bagitahu sekarang ni, aku kecewa bila tengok semua soalan yg diberikan dalan kertas 2  Sorry ibu, akak tak boleh buat. Seriously sampai sekarang bila diingat akak rasa macam nak mati! Tadi akak keluar bilik peperiksaan awal. Akak tak sanggup duduk dalam bilik peperiksaan tu lama-lama dan sekarang akak stress.


....moralnya dekat sini, janganlah hanya fokus pada pada yang sudah tahu. Kalau boleh perlu tahu segalanya. Itulah ayat yang akan aku cakap dekat adik-adik yang belum hadapi Sijil Pelajaran Malaysia. Esok ada paper Ekonomi Asas. Yess, aku akan buat yang terbaik dan yang paling baik. Itulah hari yang terakhir aku mengulangkaji pelajaran.